Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Salah seorang tokoh masyarakat Syiah Australia, Rasul al-Musawi dibunuh kelmarin sebaik sahaja keluar dari majlis kedukaan Imam Husain (a.s) di Barat Daya Sidney.
Serangan pengecut ini terjadi di hadapan Husainiyah Nabi Akram (s.a.w), Rosedale Avenue, Greenacre, Sidney.
Rasul al-Musawi berusia 47 tahun ditembak tepat pada muka dan bahu dan kejadian disaksikan oleh isteri beserta empat anaknya.
Berasaskan laporan ABC Australis, penyerang yang dipercayai penyokong kumpulan pengganas Negara Islam (IS) telah menggunakan sebuah kenderaan dan dan melarikan diri setelah pembunuhan.
Pengganas dalam kenderaan sempat menjerit "ISIS will live forever” dan “we’ll kill you”.
Isteri mangsa pengsan di tempat kejadian manakala anaknya melaporkan peluru telah menembusi kepala mangsa.
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott mengecam jenayah ini dan percaya insiden bunuh ini didalangi pengganas IS.
Beliau berkata kepada wartawan, "Pengganas IS telah melepaskan tembakan di Sidney. Polis Australia memaklumkan sedang menyiasat kejadian."














...............